Saturday, June 6, 2009

smkbanting =))

WAWASAN SMK BANTING
VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan yang terbaik bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
MISI
Melaksanakan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia secara bersepadu dan berkesan dalam aspek pentadbiran,pengajaran dan pembelajaran,pembangunan sunber manusia serta prasaranan yang lengkap untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
..
FALSAFAH SEKOLAH
Satu usaha berterusan kearah membentuk pelajaran bersahsiah mulia dan penyayang terhadap ibubapa,guru,rakan,dan harta benda sekolah serta membimbing pelajaran ke arah kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.Usaha yang berterusan ini akan melahirkan pelajaran yang bertanggungjawab,berketrampilan,kreatif dan inovatif untuk memajikan dan mengharmonikan agama,bangsa dan Negara.
PIAGAM SEKOLAH
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik sejajar dengan kehendak Dasar Pendidikan Negara.Memastikan pelajaran mendapat pendidikan yang sempurna dan sama rata selaras dengan pendemokrasian dalam pendidikan.Menentukan prestasi pendidikan dan pencapaian akademi serta sahsiah pelajar pada tahap yang cemerlang.Sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa,ahli masyarakat dan sedia berbincang dan bekerjasama demi kemajuan sekolah.
..SEJARAH SEKOLAH..
Sekolah ini telah dibuka pd 1 Januari 1999 dgn keluasan 11.7 hektar.
Pembinaan awal bermula pd tahun 1992 dan siap pd akhir tahun 1997.
Kos pembinaan sekolah ini dianggarakan RM 7 juta.
Bilangan tenaga pengajar pd mulanya hanya 19 orang guru sahaja.
Pada tahun 2008 bilangan guru telah meningkat kepada 61 orang.
Pada mulanya SMK Banting hanya mempunyai 255 orang pelajar tingkatan 1 yg memenuhi 10 buah kelas dan meningkat kepada 302 orang pada akhir tahun 1999.
Hingga kini SMK Banting mempunyai lebih dari 1000 orang pelajar.
Pada 13 Ogos 2000,asrama SMK Banting telah dibuka yg menyediakan 2 buah blok asrama untuk pelajar putera dan puteri.
SMK Banting mempunyai 5 blok bangunan yg menempatkan pejabat sekolah,bilik mesyuarat(bilik wawasan),pusat sumber(wahana wawasan),bilik tayang,pusat sumber sekolah,bilik rawatan,surau,makmal computer,makmal biologi,makmal fizik,makmal kimia,bengkel teknologi kejuruteraan dan lukisan kejuruteraan,bengkel kemahiran hidup,bilik guru,koperasi SMK Banting dan lebih 50 buah kelas.
Hari ini SMK Banting telah pun mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah lain.
Banyak kejayaan yang telah dicipta para pelajar dlm akademik dan kokurikulum.
Buktinya apabila SMK Banting muncul sebagai salah satu sekolah terbaik PMR dlm Kuala Langat pd tahun 2007,dan 08 yg telah mencatat kelulusan sebanyak 92%.
Bukan kejayaan dlm bidang akademi sahaja,malah SMK Banting juga telah melakar sejarah kerana banyak kali mencipta nama di peringkat daerah,negeri,dan juga di peringkat kebangsaan.
Syabas SMK Banting…

1 comment: